SYIAR ISLAM

TOKMAT MEMBANGUN DAN MEMAJUKAN UMAT ISLAM SERTA TERUS MEMELIHARA KESUCIAN ISLAM DI NEGERI SEMBILAN (2004-2018)
Usaha kerajaan negeri diterajui Barisan Nasional (BN) dalam membangun umat dan meninggikan syiar Islam terbukti berjaya apabila pelbagai kejayaan dicapai termasuk dalam aspek modal insan.

Selain membina dan menaik taraf masjid dan surau, kerajaan negeri dibawah pimpinan Tokmat juga memberikan tumpuan kepada bidang pendidikan agama.

Zakat merupakan satu instrumen penting bagi pembangunan ekonomi Islam dan dapat menyucikan harta dan jiwa seseorang muslim serta dapat menyumbang kepada kemajuan ekonomi ummah. Tok Mat melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan terus proaktif dalam memperkasakan pengurusan kutipan dan agihan zakat di Negeri Sembilan.(2004-2018)

MENARA MAJLIS AGAMA ISLAM (MAINS) MERCU TANDA ISLAM NEGERI SEMBILAN 
Gahnya menara MAINS menjelaskan kejayaan pentadbiran MAINS sebagai sebuah entiti agama yang mempunyai dananya sendiri daripada hasil pelaburan. Apatah lagi kejayaan itu diterjemahkan apabila MAINS berjaya mencapai kecemerlangan dalam penarafan empat bintang menerusi Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun kerana mempunyai rekod dan tadbir urus yang baik dalam kewangan

Religion