PEMBANGUNAN EKONOMI & INFRASTRUKTUR

PRESTASI EKONOMI NEGERI YANG MEMBANGGAKAN
Pada peringkat awalnya, sebelum kedatangan Tok Mat menerajui kerajaan negeri, kedudukan kewangan di Negeri Sembilan agak meruncing. 

Dibawah tampuk kepimpinan Datuk Seri Mohamad Hasan, secara beransur-ansur KDNK negeri telah menunjukkan prestasi ekonomi yang membanggakan. Pada tahun 2015 sahaja, Negeri Sembilan berjaya melepasi sasaran menarik pelaburan RM1BILION. Dan mencatat 5.2% dan 6.2% pada penggal kedua beliau sebagai Menteri Besar, Negeri Sembilan terus mencatat pertumbuhan ekonomi membanggakan dengan KDNK pada tahun 2011 dan 2012

NEGERI SEMBILAN BERDAYA SAING, MAMPAN DAN EFISYEN 2004-2018
Bagi sebuah Negeri yang kecil, lebihan rizab sebanyak RM500 juta adalah dianggap sebagai sebuah rizab yang berdaya saing, mampan dan efisien di sebalik nilai hutang negeri yang hanya bersisa RM200 juta. 

Tunai di tangan sebanyak RM 509 Juta pada ketika itu menunjukkan Negeri ini mempunyai kecairan yang tinggi. Ia penting dalam meningkatkan keyakinan pelabur untuk terus melabur membina kilang dan sebagainya untuk memberikan pekerjaan kepada rakyat.

DASAR KERAJAAN NEGERI MESRA PELABUR
Di mana dahulunya Negeri Sembilan hanya terkenal dengan pengeluaran komoditi getah dan kelapa sawit, kerajaan dibawah kepimpinan Tok Mat banyak menarik minat industry sector perkilangan dan korporat melabur di Negeri Sembilan disebabkan dasar kerajaan negeri yang mesra pelabur. Oleh itu, kerajaan telah bertukar focus kepada sektor pembuatan. 

MALAYSIA VISION VALLEY – Rancangan Pemodenan Negeri Sembilan 30 Tahun
Tok Mat juga telah merancang Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045 yang mengambil masa 30 tahun. MVV yang meliputi Kawasan seluas 153,000 hektar di Negeri Sembilan dan melibatkan Seremban serta Port Dickson merupakan pembangunan terancang, lestari dan inklusif. 

MVV yang dibahagikan kepada 5 kluster itu adalah pembangunan terancang secara berfasa sehingga tahun 2045, dan merupakan sebahagian daripada Greater Kuala Lumpur di bawah zon potensi pembangunan dalam Rancangan Fiscal Negara

POLISI PERMIT PERNIAGAAN PERCUMA
Tok Mat juga turut memperkenalkan polisi permit perniagaan percuma yang membolehkan anak Negeri Sembilan berniaga dengan lebih rancak. 

KADAR KEMISKINAN NEGERI TERENDAH
Tok Mat berjaya mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Sembilan. Buktinya pada tahun 2016, kadar kemiskinan tegar Negeri Sembilan hanyalah serendah 0.2%. Ianya lebih rendah daripada purata kemiskinan tegar kebangsaan iaitu 0.4%

MEMBAYAR HUTANG NEGERI SECARA TUNAI KEPADA KERAJAAN PUSAT
Alhamdulillah, pada tahun 2012, Negeri Sembilan muncul sebagai satu-satunya negeri di Malaysia yang berjaya membayar hutang secara tunai kepada kerajaan pusat.

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR JALANRAYA
Dalam keutamaan Tok Mat apabila menjadi pentadbir di Negeri Sembilan adalah untuk meningkatkan infrastruktur terutamanya infrastruktur dari segi pembinaan jalan-jalan baru.

PEMBINAAN BANGUNAN, KEMUDAHAN AWAM, PERBANDARAN
Dalam waktu kerajaan Negeri Sembilan dipimpin oleh Tok Mat, beliau sentiasa menekankan perancangan bersepadu jangka masa panjang dan pelaksanaan projek infrastruktur kemudahan awam dan komprehensif. Antaranya ialah memastikan ketersediaan kemudahan, membina, menaiktaraf dan membangunkan projek yang memberikan impak kepada masyarakat untuk jangka masa panjang.

 

RM149 Juta diperuntukkan untuk Rancangan Tebatan Banjir N9
Bagi menyelesaikan permasalahan banjir di sesetengah Kawasan dan menyediakan keperluan rezab sungai bagi tujuan penyelenggaraan, satu peruntukan telah disediakan oleh kerajaan bagi menangani masalah itu dengan mengambil semula rezab tanah di pinggir sungai bagi kerja-kerja penambahbaikan di masa hadapan.

Majlis perasmian Seremban Prima Mall

Projek pembinaan Hospital Rembau giat dilaksanakan

Malaysia Vision Valley bakal mengubah lanskap Negeri Sembilan

Jimah East Power siap 74 peratus

Pelancaran UTC Ampangan memudahkan urusan orang ramai kepada agensi kerajaan

Peruntukan RM6juta naik taraf tingkat atas pasar Seremban

Persimpangan bertingkat Lebuhraya Seremban Kajang Jalan Temiang

Pra Pelancaran Majlis Bandaraya Seremban

Pelancaran pembinaan jalan baru Nilai Lab uke Bandar Enstek

Perasmian Empangan Sg Teriang, Jelebu

infrastructure