PERUMAHAN

RUMAH MAMPU MILIK DAN SELESA UNTUK RAKYAT NEGERI SEMBILAN
Isu perumahan yang sentiasa menjadi topik bualan hangat rakyat di negara ini menjadi keutamaan sewaktu kerajaan Negeri Sembilan dibawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Hasan diterajui Barisan Nasional. 

Menjadi satu-satu nya negeri yang melaksanakan dasar perumahan sendiri, Tok Mat melaksanakan Dasar Perumahan NS berikutan beliau merasakan dasar perumahan sedia ada yang mewajibkan 30% rumah kos rendah daripada keseluruhan projek pembangunan, sudah tidak relevan. 

Sebagai satu-satunya negeri yang tidak memakai dasar perumahan negara, pada 2015, Tok Mat telah membawa suara ke dewan Undangan negeri dan diluluskan sebulat suara bahkan pembangkang juga bersetuju. Kerajaan dibawah pimpinannya mewajibkan semua pemaju mesti membina sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah yang nak dibina dalam bentuk perumahan rumah mampu milik dan tak perlu lagi bina rumah kos rendah. 

Dibawah Dasar Perumahan N9, pemaju diwajibkan membina rumah mampu milik dalam 3 kategori iaitu kategori A sebanyak 20% yang berharga di bawah RM80,000, kategori B sebanyak 20% berharga bawah RM250,000 dan selebihnya rumah berharga RM400,000 dan ke bawah. Ia juga mensyaratkan setiap rumah mestilah kediaman bertanah dengan keluasan tidak kurang 800 kaki persegi, selain menetapkan kuota pemilikan rumah Bumiputera sebanyak 50 peratus, memandangkan 70 peratus penduduk di Negeri Sembilan adalah Melayu Bumiputera. 

Dasar Perumahan Negeri Sembilan (DPNS) yang dilancarkan pada 05 June 2015 diterima baik pemaju di negeri ini. 

Pendekatan dan strategi Intervensi Kerajaan Negeri Sembilan adalah satu perancangan yang bijak kerana Kerajaan Negeri tidak perlu keluarkan dana untuk buat perumahan mampu milik.

Dasar Perumahan Baru N9 lebih spesifik (2014)
Kerajaan Negeri Sembilan menstruktur semula Dasar Perumahan sedia ada kepada Dasar Perumahan Baru sejak dua tahun lalu setelah mengambil kira pelbagai aspek yang melibatkan pemilikan perumahan pelbagai kategori secra menyeluruh.

PR1MA @ Seremban Sentral
Sebanyak 3 ribu unit rumah dibawah projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) akan dibina di tengah-tengah bandar Seremban sekaligus merubah secara fizikal Bandar Seremban melalui satu projek mensejahterakan rakyat dari kerajaan Barisan Nasional

Negeri Sembilan bangunkan portal khas lot perumahan Buiputera (2015)
Rundingan Kerajaan Negeri Sembilan Bersama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) di peringkat akhir sebelum Dasar Perumahan Negeri Sembilan dilaksanakan dan dijangka berjaya di dalam menstrukturkan pemilikan di kalangan bumiputera

Kerajaan Negeri amalkan dasar intervensi tangani masalah rakyat

Kerajaan Negeri Sembilan naikkan rumah mampu milik Type A kepada 20%

Portal Perumahan Negeri Sembilan pemudah cara pemilikan rumah

Ekspo Jualan Perumahan PR1MA Edisi Negeri Sembilan

Projek Perumahan Khas Penjawat Awam Negeri Sembilan