Religion

Negeri Sembilan sebagai Lembah Ilmu
Kecemerlangan pendidikan telah menjadi agenda utama kerajaan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Dato Seri Utama Mohamad Hasan sepanjang penggal nya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, sesuai dengan harapan menjadikan negeri itu sebagai ‘Lembah Ilmu’ dan nadi mengeluarkan modal insan keperluan negara.

Perkara ini dinyatakan dalam banyak ucapannya yang antara lain mahu melihat benih kecil yang disemai di peringkat prasekolah menjadi pohon kukuh apabila insan berkenaan menduduki dan menamatkan pengajian di peringkat universiti.

 

Insentif kepada pelajar mendapat ijazah kelas pertama
Tokmat telah meletakkan batu asas yang sangat kukuh untuk anak-anak di Negeri Sembilan ini supaya cemerlang di pelbagai peringkat sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan juga di peringkat Universiti untuk bagi insentif kepada pelajar-pelajar bagi cabaran kepada pelajar-pelajar di dalam negara (Universiti Awam) dan pelajar-pelajar yang menuntut di Universiti luar negara untuk mendapat first class honors di peringkat ijazah pertama. 

Pada tahun 2006 ia dimulakan, sehingga sekarang sejumlah 1290 orang anak-anak cemerlang daripada Negeri Sembilan telah berjaya mendapat first class di peringkat Universiti dan ini menunjukkan satu angka yang sangat besar dan diperakui oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Pencapaian cemrlang SPM : Negeri Sembilan muncul sebagai negeri dengan keputusan kedua terbaik di peringkat kebangsaan. 
NEGERI Sembilan berjaya mengekalkan kedudukan tempat kedua di peringkat kebangsaan empat tahun berturut-turut dalam pencapaian terbaik keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas Putrajaya yang menduduki tempat pertama

Pembangunan institusi Pendidikan di seluruh Negeri Sembilan
”Semua itu kita perlu tunjukkan kepada anak-anak kecil agar mereka boleh membuat imbasan dan mengingati bangunan universiti dan kolej, pusat pengajian tinggi awam dan swasta yang melata di negeri ini.

”Apabila mereka balik ke rumah kelak, akan wujud satu azam dalam diri mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan memasuki pusat pengajian berkenaan, sekali gus mencapai sasaran kerajaan negeri untuk menjadi penyumbang besar modal insan negara pada masa hadapan”.

Banyak usaha telah dilakukan untuk melebarkan jajahan ‘Lembah Ilmu’ termasuklah menyediakan jajaran jalan yang sempurna, selain melakukan pemasaran pendidikan bagi menjadikan kawasan Nilai, Sendayan, Enstek, Seremban, Port Dickson, Rembau dan Kuala Pilah sebagai zon pendidikan.

Sebab itulah, pembinaan kampus di negeri ini memperlihatkan daya usaha tinggi sepanjang tahun ini untuk mewujudkan zon pendidikan bertaraf dunia.

http://kmns.blogspirit.com/archive/2010/12/22/negeri-sembilan-sasar-jadi-lembah-ilmu.html



Health