• Kenali Tok Mat

    Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, juga dikenali sebagai Tok Mat, adalah Timbalan Presiden UMNO terkini. 

    Setelah berkhidmat sebagai Menteri Besar di Negeri Sembilan selama 14 tahun, kerjaya politiknya bertukar dari peringkat negeri ke peringkat persekutuan pada 2018. 

    Sebagai ahli politik, beliau juga terkenal dengan kepribadiannya yang jujur dan ikhlas: cerminan daripada didikan kampungnya serta latar belakang korporat yang mendahului perkhidmatannya sebagai Menteri Besar. 

  • Kehidupan Awal dan Pendidikan

    Dilahirkan pada tarikh 2 May 1958, Mohamad dibesarkan oleh seorang ibu tunggal di Kampung Kundur Hilir, Rantau, Negeri Sembilan. Arwah bapanya merupakan seorang anggota polis. Mohamad membesar bersama lima abangnya, melakukan pelbagai kerja di sekitar kampung untuk membantu ibunya. Oleh itu, pengalaman awal dalam kehidupan beliau telah memberikan gambaran peribadi tentang cabaran yang dihadapi oleh keluarga luar bandar, dan perspektif ini telah menyerlah dan menjadikannya sebagai pendekatan dalam pucuk kepimpinan beliau. Mohamad terkenal dengan peribahasa yang mewarnai ucapannya, antara yang terkenal ialah metafora tentang garam dan langau, diambil daripada nasihat yang diberikan oleh arwah ibunya sewaktu kecil.

     

    Beliau menamatkan zaman persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman dan Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau. Seterusnya memasuki Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Tuanku Ampuan Durah, Seremban. Sebagai seorang pembaca setia sejarah dunia dan hal ehwal global, Mohamad dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dalam Perhubungan Antarabangsa daripada Universiti Malaya pada tahun 1979. 

    Slide Item 2
  • Permulaan Kerjaya

    Sebelum menceburi bidang politik, Mohamad mendedikasikan lima belas tahun kerjayanya dalam perbankan. Beliau bermula sebagai pelatih di Bank Negara, sebelum menjadi Penolong Pengurus di Maybank, dan kemudiannya menerima jawatan sebagai Pengurus di AmBank. Selepas menyertai Bank Bumiputera Malaysia, pada tahun 1988 beliau berpindah ke cawangan London dengan kapasiti Pengurus Besar, ditemani isteri dan tiga anaknya. Walau bagaimanapun, pada 1992 Mohamad menyertai sektor swasta, dengan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Cold Storage Malaysia Berhad. Tugas terakhir beliau sebelum memulakan kerjaya politiknya adalah sebagai Pengarah Urusan di Cycle and Carriage Bintang Berhad, dari tahun 1994 hingga 2004.

     

    Kemudian dalam kerjayanya, beliau juga memegang jawatan berikut:

     

    • Ahli Lembaga Pengarah di Khazanah Nasional Berhad
    • Ahli Lembaga Pengarah di Sepang International Circuit
    • Pengerusi Lembaga di FIMA Berhad Group

     

    Slide Item 3
  • Menteri Besar Negeri Sembilan

    Sebelum menjadi Menteri Besar, Mohamed merupakan ahli UMNO yang aktif selama bertahun-tahun, dan pada Pilihanraya 2004, Mohamad telah bertanding kerusi DUN Rantau di Dewan Undangan Negeri Sembilan dan menang. Disinilah bermulanya penggal beliau sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang ke-10. 

    Latar belakang korporat Mohamad membantunya dalam peralihan ke perkhidmatan awam. Sejurus selepas mengangkat sumpah, beliau menggariskan keutamaan yang penting dalam tranformasi negeri, memberikan hanya tempoh enam bulan kepada Majlis Perbandaran Seremban (MPS) untuk membersihkan kawasan pusat bandar.

    Walaupun beliau ahli UMNO, dalam tugas beliau sebagai Menteri Besar, Mohamad mempunyai kesedaran untuk melindungi keperluan dan pertimbangan orang ramai di dalam semua spektrum etnik. Satu tindakan yang diambil beliau adalah untuk melindungi kuil Hindu, yang dibina di atas tanah kerajaan, daripda campur tangan negara dengan merasmikan status yang diwartakan. Pembinaan kuil Hindu di Sendayan juga merupakan idea bernas beliau. Mohamad menyalurkan sokongan kewangan kerajaan kepada pelbagai institusi Cina, seperti sekolah-sekolah Chung Hua yang berprestij di negeri itu dan organisasi bukan kerajaan (NGOs) Cina.

    Salah satu dasar dalam kerajaannya yang paling dikenali adalah memberi peluang dan laluan kepada perniagaan kecil untuk mengendalikan kedai makan secara bebas di seluruh negeri, tanpa unsur birokrasi dalam permohonan permit dan lesen. Dasar ini merangkumi pendekatan Mohamad; membenarkan perniagaan kecil untuk berkembang, dan memperkayakan kehidupan orang ramai.
  • Langkah kehadapan

    Jawatan Mohamad sebagai Menteri Besar berakhir pada 2018. Tidak lama selepas itu, beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO.

    Pada tahun yang sama, Presiden UMNO Zahid Hamidi, mengambil cuti yang lama dan ini menjadikan Mohamad sebagai Pemangku Presiden Parti dengan tiga pilihanraya kecil yang akan datang. Mohamad mengetuai parti dan dipanggil sebagai kemenangan ‘hatrik’ di ketiga-tiga pilihanraya kecil; Cameron Highlands, Semenyih, dan Rantau. Pilihanraya Kecil Rantau 2019 telah menyaksikan beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menentang calon Parti Keadilan (PKR), Dr. S. Streram, dan menang besar. 

    Dalam kapasitinya sebagai Timbalan Presiden, Mohamad telah lantang bersuara mengenai pandangannya tentang pelbagai pembangunan yang berlaku di seluruh negara


    Mohamad kini bertanding sebagai Ahli Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-15

     

    Kenali Tok Mat

    Health

    Kenali Tok Mat

    Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, juga dikenali sebagai Tok Mat, adalah Timbalan Presiden UMNO terkini. 

    Setelah berkhidmat sebagai Menteri Besar di Negeri Sembilan selama 14 tahun, kerjaya politiknya bertukar dari peringkat negeri ke peringkat persekutuan pada 2018. 

    Sebagai ahli politik, beliau juga terkenal dengan kepribadiannya yang jujur dan ikhlas: cerminan daripada didikan kampungnya serta latar belakang korporat yang mendahului perkhidmatannya sebagai Menteri Besar. 

    Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, juga dikenali sebagai Tok Mat, adalah Timbalan Presiden UMNO terkini. 

    Setelah berkhidmat sebagai Menteri Besar di Negeri Sembilan selama 14 tahun, kerjaya politiknya bertukar dari peringkat negeri ke peringkat persekutuan pada 2018. 

    Sebagai ahli politik, beliau juga terkenal dengan kepribadiannya yang jujur dan ikhlas: cerminan daripada didikan kampungnya serta latar belakang korporat yang mendahului perkhidmatannya sebagai Menteri Besar. 

    Undilah Tok Mat

    Undilah Tok Mat

    Ketahui mengapa anda perlu mengundi Tok Mat sebagai
    Ahli Parlimen Rembau

    Muat turun Risalah Pilihanraya sekarang:

    Keutamaan dan Pencapaian

    Ketahui lebih lanjut tentang keutamaan & impak Tok Mat sebagai bekas Menteri Besar Negeri Sembilan.

    Klik di bawah untuk lebih maklumat dan menonton video berkaitan.

    Pembangunan Ekonomi & Infrastruktur

    Pembangunan ekonomi yang inklusif dan inisiatif infrastruktur berimpak tinggi

    Pendidikan

    Meningkatkan taraf pendidikan untuk memberi anak-anak kita peluang terbaik dalam hidup

    Perumahan

    Rumah mampu milik yang moden dan inklusif untuk semua rakyat Negeri Sembilan

    Syiar Islam

    Membangun dan memajukan umat Islam serta terus memelihara kesucian Islam

    Religion

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

    Sport & Youth

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

    Berhubung dengan akaun media sosial
    #teamTokMat

    Home